Assalamualaikum
Selamat hujung tahun !! Selamat bulan Safar !! Selamat berholiday !! Selamat menempuh final exam !! Selamat datang ke blog saya (walaupun takde orang baca). Seperti tahun-tahun sebelum ni, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh aku adalah bulan Disember. Kenapa? adalah.. rahsia. nak tau bagi choki-choki satu ^_^ hehehhe..
Tak lawak lah gila !
Hmmmmmmmmm......
Disember dah datang. Bila Disember datang kita selalu teringat kenangan dolu-dolu yang berlaku dalam hidup aku. Kenangan manis, kenangan pahit, kenangan masin, masam, tawar bila dicampur jadi kenangan lah kan. Cuma nak ulang semula semua perkara yang terjadi mungkin tak akan mungkin berlaku lah. Mustahil kiranya kalian dapat ubah atau putar balik masa lalu. Bak kata si unknown "Selama kamu punya kenangan, masa lalu tak akan mampu kamu lupakan". Walaupun Harith Iskandar kata dalam kaplaotak laki-laki cuma simpan jerung ja, tapi kat celah-celah sel tu ada folder kecik ditulis jugak "kenangan". Nama first awek tak kan dah lupa bro. Susah tu nak ayat. Kan? kan? Jangan tipu tak baik dosa.
Disember jugak saat yang paling dinanti oleh adik-adik comel yang lari keluar sekolah lepas dengaq bunyi loceng berlumba-lumba dengan kawan siapa cepat beli eskem, dia hero. Pahtu berebut pulak naik bus/van macam la pokcik nak tinggalkan dia. Lagi bila disember datang menjengah, depa mintak mak ayah pergi jalan-jalan mandi wet world, tengok zoo jumpa member lama, pergi camp dan macam-macam aktiviti nak dibuat bulan tu. Depa enjoy sakan sebabnya dapat bebas dari letiaq cikgu kat sekolah.
Bila dah masuk zaman universiti ni, Disember paling menakutkan sebabnya kena setadi untuk final exam. Kalau tak dapat dean list, susah nak dapat biasiswa ptptn. Tapi dalam masa yang sama masih hu ha hu ha lagi tengok drama korea "anyeonghaseyo" tu. Si dia sedar diri mengata diri sendiri.
Kiranya disember ni kalau sesiapa yang ada diari konfem last page tu nanti tarikh akhirnya 31 disember 20XX. Kena lah jugak tulis summary apa yang terjadi sepanjang tahun. Si dia dah kahwin dengan Senah sebelah rumah, Pak Jongos masih lagi kena marah bila borak asik keluar meteor, mak abah bagi handphone dapat A subjek seni.
Sesungguhnya, masa lalu adalah suatu kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Aku tersenyum pabila membaca kata-kata ini dan semoga dapat menjadi renungan kita bersama :
"Sebesar-besar masa lalumu, masih
jauh lebih besar masa depanmu.
Sebesar-besar masalahmu, masih jauh lebih besar
Tuhan-mu"
- unknown
Thank you for reading this entry :)

