>

Thursday, 25 July 2013

I'm officially 19

Assalamualaikum


Alhamdulillah, I'm officially 19 today. I celebrated a birthday in the month of Ramadan is totally different daripada kita menyambutnya di bulan Islam yang lain. Walaupun ini bulan Ramadhan, tetapi istilah shopping masih mekar dan tetap ada dalam jiwa dan sanubari. aiseyhh.. It is called the spirit of a woman. hahaha ..

Isnin lepas leng tanya "Ja, bila nak keluar. Nanti ayah kau operate kau sibuk lak" And at that time i was thinking about my plans and Qema want to do. Celebrating birthdays together. She's 19 last week on 18th July while me on 25th bersamaan hari ni. yeahhhh....

So yesterday, we decided to go break fasting to eat meatballs at IKEA. Unfortunately mak keknab suruh balik before 7. Aigooo.. perah idea jugak lah nak pujuk mak keknab. Sambil pikir idea kita cuci mata tengok barang-barang kat IKEA tu. hamagaddddd.... kalau pbpro dapat duduk serumah time degree, for sure akan kami beli barang semua tu kat sana.

qema, leng, keknab and me menjalankan misi orang perempuan dengan shopping while leya betul-betul cuci mata. ihikss... kitaorang pergi Ikano and The Curve beli baju, shoes, shades, books, food (ehemmm..). Dalam pada tu, sempat pulak pergi main 6D Motion Adventure @ Ikano. Tak hingat yang diri tu posa sibuk dok main lagi. hehehe.. Tapi kan, beshh. sebabnya emmm dengar keknab dan qema jerit kat sebelah hahahhhaaa... so funny man. Gelak sakan sampai keluar airmata keterujaan iollss.

Around 3 o'clock, sesi kesedihan membelenggu sebabnya tak dapat makan meatballs. maka pulanglah kami membawa hati yang lara. ececehhh.. Dalam kereta tu masih berusaha pujuk mak keknab nak boka posa sama. While waiting for the answer, we singgah Qala Cisya sekali lagi nak cuci mata. Tapi bukan setakat cuci, dengan tangan sekali menggatal nak beli itu ini. Akhirnya sehelai 'maggi shawl' disambar oleh tuan punya blog ini. hehehhe..

Nak tahu tak ?? finally mak keknab izinkan. hooraayyy.. happy us ! Maka sekali lagi bergeraklah kami berlima ke Plaza Masalam nak makan teppanyaki dan malangnya sekali lagi, teppanyaki takde kat situ. pot pet pot pet Papa John's menjadi destinasi boka posa kami hari itu.


Before : muka lapar
yang tido tu Leng, dia pengganti Ley. seronok kot tidur time orang snap gambar. hahahaha..

ni muka masing-masing lepas kenyang.
From top left : Me, Nab
Middle : Leya, Qema
Below: Leng 

After maghrib, isi perut lagi with Baskin Robbins. Tu bukan nafsu yang adik-adik hahahaha.. itu dinamakan kegembiraan. Kegembiraan yang tak mampu diluahkan. Penat tu takpayah cakap la kan, tapi penat kali ni tak sehebat penat yang kitorang dapat masa pergi Jalan Tar naik train hari tu before puasa. fuhhhh..


p/s: we ollss jumpa Awal Ashari di IKEA dan Dynaz di The Curve (memang saja pergi DNA tu cuba nasib). Adakah itu birthday present tahun ni. hehehehehe..


Thank you for reading this entry  :)

Sunday, 21 July 2013

Degree

Assalamualaikum


Khamis lepas, kecoh pasal result upu keluar. Semua eksaited nak tahu apa hasilnya. Lepas jam 12.30pm semua berpusu-pusu click website upu, pastu bila enter *problem loading page* risau sampaikan call kawan "weyh kau dapat bukak tak? Aku punya tak boleh pun. Apsal ah?" Dah kau check masa semorang tengah kiasu nak check memang itulah hasilnya kan. Cuba bawak bersabar, istighfar sikit. Tak lari mana lah..

And the thing was not happen to me. I know the result will come out on that day. So i decided to go out and lepak-ing on the road. Say whaaattt ?? hahahahaha.. No lah, That time cuak gila kot. Dalam kepala hotak dah pikir, kalau tak dapat macam mana? kalau jauh macam mana? kalau tak minat course tu macam mana? kalau , kalau dan kalau? * All the positive thinking dah lesap * So keluar lah cari angin cari pasal cari makanan..ermmm yummy yummy.. Makanan? Alhamdulillah saya masih waras dan masih berpuasa :)

After Zohor , bermulalah sesi otot kejang jemari cramp nak tahu the result. Tepat jam 2.30pm, 10 July ...............


tadaaaaaaaaaa.... inilah hasilnya !

Menarik kan? kan ? My first impression lepas tengok ni adalah  T______T  lap hingus meleleh kat baju sarung bantal apa-apalah yang ada kat sekeliling tu.

Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap "dah dapat tu bersyukurlah. ramai lagi kat luar tu tak bernasib baik" Tapi takdelah kawan-kawan aku yang cakap camtu. Dah nama kawan kan...

Lepas setengah jam, dah ok sikit terus call mama bagitahu and you know what ? Ayat mama adalah ini

"Ya Allah ......~10 saat berlalu~...... hmmmmmmmm.... jauh ke situ pulak ye. hmmmmm... takpelah nanti kita bincang balik"

Jam 5.30 petang....

Me: "Ma, macam mana ni maaa?? Jauh sangat la. Kelantan pulak tu"  *nada risau, sedih, semuanya yang negative"
Mama: "hmmm nak  buat camane. takpe nanti ma cuba ikhtiar"

Selepas tu, ada jugak terpikir nak pergi buat rayuan kat JPT, Putarajaya sana. Tapi bila dah fikir semasak segaring sehangusnya hasrat tu di'cancel'kan. Dalam seminggu tu jugak my pokcik, mokcik, fghens, sister, pondeys bagi kata semangat, mulalah balik conversation between me and mama.

Me: "Ma, takpelah yani terima jelah. Ni kira bersyukur (baru gheti nak bersyukur aku ni lepas seminggu berlalu. hampehh sungguh !) la dapat sambung degree. Haritu ada budak tweet "Bersyukur la kita dalam kalangan 41,573 yang berjaya dapat tempat di IPTA sesi akademik 2013/2014.Alhamdulillah." Ada puluh ribu lagi yang tak dapat walaupun ada yang 4flat.
Mama: "Ni namanya rezeki. Takpelah jauh pun masih dalam Malaysia, masih senang nak balik. Kita cuba fikir balik, ada hikmah Allah bagi ni. Apa yang kita nak yang best-best semua bukan senang nak dapat. Kena usaha dulu"
Me: *awhhhh your the best mom di dunia dan akhirat*  :'(

I took almost one week nak sahkan penerimaan ke sana. berat memang berat tapi nak cari ilmu kenalah berkorban. Rezeki tak datang dua tiga kali. Kita manusia yang cari ilmu bukan ilmu tu yang senang-senang. nak ketuk pintu rumah bagi salam nak offer diri bagi kita. Dalam mimpi pun tak dapat bro.

And suprisingly, 3 orang classmate gua pun dapat course dan tempat yang sama and of them was my close friend kat matrik dulu. ecehh berlagak guna 'dulu' konon. baru 3 bulan habis kot.

So, minggu ni memang kena settle kan print pape yang patut sebab starting next week memang payah rasanya nak berjimba dengan wifi lagi. And the exciting part is My Trip lagi sebulan. homaaaigaaaadddddd !!! aaahhhhhhhhhhhhhhhh  *insert joget lambak, pool dance* hahahahhaa..


Thank you for reading this entry  :)

Sunday, 14 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum


How was your Ramadhan so far people ? Awesome right. I hope you guys enjoy this holy month as possible because we do not know whether after this we will see another Ramadan or not. Tarawih pun kalau boleh dan tiada halangan pergilah. Masjid sekangkang pun kalau malas tu tak tahu lah nak kata apa lagi dah. Bulan pengampunan ni Allah bagi segala macam rahmat. Antara nak tak nak je kita terima. 
  
This fasting month I received a shock which made ​​me restless. But thank God now more able to accept the reality. Maybe in the next entry i will share about it :)

Btw, I've post a special song during this Ramadhan. May we be blessed by Allah. Insya Allah


 
Maher Zain - Ramadhan


Thank you for reading this entry  :) 

Sunday, 7 July 2013

Kenapa Korea Famous Amos ?



Assalamualaikum

Hari ini dalam sejarah blog ni aku buat entry sampai 2 kali. Tak tahu pulak kenapa. Saja-saja barangkali dan mungkin jemariku yang comel ini seronok menekan papan kekunci ini dengan laju. Dah baca kan tajuk kat atas ni ? Haa, cheq pun taktau lagu mana ai boleh ajet-ajet korea ni. Tapi yang pasti dan sahih dengan bukti yang cukup kukuh serta meluas serta tidak diragui oleh pihak Jakim dan Jais, kemungkinan besar adalah pengaruh RUNNING MAN yang sangat awesome itu !


Kenapa kata awesome ? Banyak reason nya yang aku pun taktahu lagu korea mana yang boleh diselitkan. Mungkin sebab dorang pandai pikat hati penonton dengan gaya yang sempoi tanpa script yang perlu dihafal atau mungkin perwatakan masing-masing. Pilihan kita tak sama bro ! Apapun lu semua kena lah menengok nya sendiri kan. Gua tak kuasa aih nak ceghita satu per satu. Ada income baru dilayan. Cuma gua ni lah kan dah kira tak boleh berenggang dengan korea semua ni. Dari running man ke family outing pastu open new tab taip youtube search SBS , KBS awards yang ada Jae Suk dan Jong Kook oppaaaa~~~ hehehehe.. ( walaupun ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka yang tak pernah puas tu dengan mempersoalkan kenapa aku meminati Jong Kook. Dia hebat uollss ) Tak puas dengan tu sekarang ni pulak tengah dengar lagu Bigbang. Ni lagi satu penyakit, aku walaupun tak boleh nak hadam apa yang dorang cuba sampaikan dalam lagu semua tu tapi bila dengar, halamakaiiihhhhh apsal oppa oppa punya lagu ni best ? kenapakah dan mengapakah ???


Mungkin ada yang akan cakap “perempuan ni gila ke apa ? eeeiii dah la jenis yang tak suka mandi. Bangun pagi terus makan tanpa gosok gigi pastu borak pastu main kejar-kejar pastu tarik nametag orang. Dahtu pengkhianat” hahaha.. tu banyak tipu je tu part main kejar kejar tarik nametag dan pengkhianat semua tu dah masuk cerita lain. Sila paham sendiri dan kalau tak paham lagi silalah tanya orang yang paham ayat tu dan sewaktu dengannya.


Tak ada kerja ? Ya betul, saya memang tak bekerja sekarang tapi kalau cakap tak ada kerja tu mustahil lah kan. Apa kau pikir aku ni senang ke tengok dompet tu ada habuk je ? kempis tanpa sebarang not not yang berkaler. Eh memang tak lah kan. Dunia sekarang beli 2, 3 barang pun nak duit. Bukan korek celah gigi nak bayar. Bukan lah maksud zaman dulu tu semua fghee, idok lah eh. Apa kebengap la kalau tanya soalan cenggitu. Tapi nilai matawang sekarang sampai cekik darah woiii.. Nak nak yang macam aku ni, hmmmm.. baik kelaut tangkap ikan siang goreng makan. Senang hidup kau jaahhh ( kemerepekkan aku sukar untuk dibendung buat masa ini)


Cerita pasal korea ni, aku bukan seorang k-pop. Tidak sama sekali ! K-pop lebih kepada lagu dan aku bukan pendengar setia lagu korea, aku tengok drama korea dan variety show mereka sahaja. Sangat berbeza. Sekalipun dengar lagu-lagu mereka yang kebanyakannya cool untuk didengar tapi aku belum sampai tahap kemaruk nak menghafal lirik yang entah apa-apa tu. Kat atas aku ada kata aku tengah dengar lagu bigbang kan? haaa.. tu cuma nak tahu kenapa kpoppers ni semua hardcore sangat bigbang tu. Dan sejak itulah kenal siapa Top ! ahaksss.. Handsome doe suara jantan tinggi ha apalagi kau nak. Eh melebih pulak dia ni -,- Daesung aku kenal pun sebab dia pernah jadi guest running man pastu sekarang aku tengok family outing pun ada dia.


Iollss dapat tahu running man nak datang Malaysia september ni. Fans meeting katanya. Kalau ada rezeki iolls pergi kalau idok, idok lah ye. Kemungkinan besar di KLIA nanti akan jadi seperti di Thailand mana nak tahu kan. Femes la sikit staf-staf di situ kalau muka depa terpampang sikit dalam paper ke walaupun celah celah gigi pun mengaku tu gigi dia masuk surat kabo.


emua episod running man ini memang mampu buat uollss tak kering gusi sampaikan mungkin uollss lupa yang uollss memang takde gigi . oopsss  *iollss memang suka guna ayat gigi hari ini . chill yaww!
 \
gua pun baru je tengok beberapa hari lepas. ni variety show yang lama. Taktahu lagi macam mana nak describe tapi tetap best !



Tiada apa-apa jikalau tidak suka. Saja buat perhiasan. 
Nak gantung kat dinding rumah nanti buang tebiat pulak.
( Taeyang, Seungri, GD, Top, Daesung)

 Thank you for reading this entry

saat memalukan diri

Assalamualaikum


Hallu guys, dah lama tak buat entry so kali ni nak story sikit something that was totally memalukan and creepy incident i had just now. Almaklum lah duduk kat Malaysia ni kan rakyatnya suka berbahasa “rojak” . Cina dengan India guna english language ( kenkadang tu aku dok perati depa ni guna jugak bahasa Lingua Franca . Tak perlu malu tak usah segan ). Lepastu Cina dengan Melayu biasalah kan, guna bahasa negara kita ni. Melayu dengan melayu tu toksah cakap la “hello bro, gua kat mamak ni. Lu amacam takut mak ke takleh lepak. Chill la bro, bukan anak jantan tu” . Tapi aku tak cakap la semua orang macam tu sebabnya negara kita ni ramai jugak orang yang terpelajar guna bahasa yang proper bila berkomunikasi. Yang musykilnya, kenapa aku mengarut sampai ke bahasa bahasa semua ni ??? Seingatnya tadi nak story pasal benda lain kan. 


Begini ceritanya, tadi around 2.30pm aku ajak abah pergi keluarkan duit nak servis kereta. So, kiteorang pergi lah Giant Bukit Tinggi dengan pantasnya. Pabila tapak kaki aku dan abah berpijak di depan mesin atm tu terpandang lah ayat “OUT OF SERVICE” . Aku pulak nampak mesin tu kecik besar kecik besar je. Nasib baik tu mesin kalau manusia entah apa la yang akan jadi . ecehh konon bajet gangster. padahal nak isi minyak kereta mintak abah jugak ( sini kita topik minyak kereta sebab biasa orang guna seluar dalam kan. iolls pun ada maruah kena jaga oi ) . Tanpa membuang masa yang berharga itu, kami pun terhegeh-hegeh ke Klang sebab bank abah depan pos opis tu ala yang tepi tu yang selalu jam tu orang parking merata dan membuatkan jalan jam. 


Selepas aku pusing satu round abah offer untuk turunkan dia kat tepi mana yang kosong. Aku pun ikutkan lah dan aku terjebak untuk buat double park. Bila abah keluar, 5 saat kemudian aku tak yakin abah boleh lepas semua stage atm tu dengan sempurna. Makanya aku dengan kuasa tenaga yang maksima keluar kereta di saat orang tengah sesak, berlari ke arah abah tolong tekan itu ini dan keluar dari bank ke kereta yang aku tinggalkan tanpa beri signal. 


Masa tengah terkejar-kejar semua tu, sempat pulak aku terbayang keadaan orang hon pastu marah-marah kenapa buat double park. Sumpah seranah semua keluar macam yang aku selalu buat. Dan keadaan itu sebiji berlaku dalam bayangan bilamana belakang aku dah beratur 5-6 buah kereta. Siap hon angkat tangan marahkan kereta di hadapan mereka tanpa mereka ketahui pemiliknya adalah aku yang sedang menyorok di sebalik bangunan di situ. Dalam seminit bila semua dah clear ( jangan pernah anggap tempat tu akan clear sampai lah jam 11 malam ) sikit aku lari masuk kerata start enjin blah. Masa dalam kereta nak start tu pun ada yang sempat hon. Malu weyh maluuu.. mana nak letak muka aku yang………. *agak selekeh la jugak masa tu sebab effect cahaya matahari kan. panas lagi*. Aku pulak tak pandang kanan kiri belakang semua sebab tak nak tengok yang diorang tengah pandang aku semacam. Saya minta maaf la wahai manusia yang telah mengeluarkan tenaga dan nafsu marah anda terhadap kereta kancil warna merah depan bank tadi. Dah sampai rumah, aku lega semua tu dah jadi “perkara yang lepas jangan dikenang” . Syukur alhamdulillah selamat semuanya 


Thank you for reading this entry