>

Sunday, 7 July 2013

Kenapa Korea Famous Amos ?



Assalamualaikum

Hari ini dalam sejarah blog ni aku buat entry sampai 2 kali. Tak tahu pulak kenapa. Saja-saja barangkali dan mungkin jemariku yang comel ini seronok menekan papan kekunci ini dengan laju. Dah baca kan tajuk kat atas ni ? Haa, cheq pun taktau lagu mana ai boleh ajet-ajet korea ni. Tapi yang pasti dan sahih dengan bukti yang cukup kukuh serta meluas serta tidak diragui oleh pihak Jakim dan Jais, kemungkinan besar adalah pengaruh RUNNING MAN yang sangat awesome itu !


Kenapa kata awesome ? Banyak reason nya yang aku pun taktahu lagu korea mana yang boleh diselitkan. Mungkin sebab dorang pandai pikat hati penonton dengan gaya yang sempoi tanpa script yang perlu dihafal atau mungkin perwatakan masing-masing. Pilihan kita tak sama bro ! Apapun lu semua kena lah menengok nya sendiri kan. Gua tak kuasa aih nak ceghita satu per satu. Ada income baru dilayan. Cuma gua ni lah kan dah kira tak boleh berenggang dengan korea semua ni. Dari running man ke family outing pastu open new tab taip youtube search SBS , KBS awards yang ada Jae Suk dan Jong Kook oppaaaa~~~ hehehehe.. ( walaupun ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka yang tak pernah puas tu dengan mempersoalkan kenapa aku meminati Jong Kook. Dia hebat uollss ) Tak puas dengan tu sekarang ni pulak tengah dengar lagu Bigbang. Ni lagi satu penyakit, aku walaupun tak boleh nak hadam apa yang dorang cuba sampaikan dalam lagu semua tu tapi bila dengar, halamakaiiihhhhh apsal oppa oppa punya lagu ni best ? kenapakah dan mengapakah ???


Mungkin ada yang akan cakap “perempuan ni gila ke apa ? eeeiii dah la jenis yang tak suka mandi. Bangun pagi terus makan tanpa gosok gigi pastu borak pastu main kejar-kejar pastu tarik nametag orang. Dahtu pengkhianat” hahaha.. tu banyak tipu je tu part main kejar kejar tarik nametag dan pengkhianat semua tu dah masuk cerita lain. Sila paham sendiri dan kalau tak paham lagi silalah tanya orang yang paham ayat tu dan sewaktu dengannya.


Tak ada kerja ? Ya betul, saya memang tak bekerja sekarang tapi kalau cakap tak ada kerja tu mustahil lah kan. Apa kau pikir aku ni senang ke tengok dompet tu ada habuk je ? kempis tanpa sebarang not not yang berkaler. Eh memang tak lah kan. Dunia sekarang beli 2, 3 barang pun nak duit. Bukan korek celah gigi nak bayar. Bukan lah maksud zaman dulu tu semua fghee, idok lah eh. Apa kebengap la kalau tanya soalan cenggitu. Tapi nilai matawang sekarang sampai cekik darah woiii.. Nak nak yang macam aku ni, hmmmm.. baik kelaut tangkap ikan siang goreng makan. Senang hidup kau jaahhh ( kemerepekkan aku sukar untuk dibendung buat masa ini)


Cerita pasal korea ni, aku bukan seorang k-pop. Tidak sama sekali ! K-pop lebih kepada lagu dan aku bukan pendengar setia lagu korea, aku tengok drama korea dan variety show mereka sahaja. Sangat berbeza. Sekalipun dengar lagu-lagu mereka yang kebanyakannya cool untuk didengar tapi aku belum sampai tahap kemaruk nak menghafal lirik yang entah apa-apa tu. Kat atas aku ada kata aku tengah dengar lagu bigbang kan? haaa.. tu cuma nak tahu kenapa kpoppers ni semua hardcore sangat bigbang tu. Dan sejak itulah kenal siapa Top ! ahaksss.. Handsome doe suara jantan tinggi ha apalagi kau nak. Eh melebih pulak dia ni -,- Daesung aku kenal pun sebab dia pernah jadi guest running man pastu sekarang aku tengok family outing pun ada dia.


Iollss dapat tahu running man nak datang Malaysia september ni. Fans meeting katanya. Kalau ada rezeki iolls pergi kalau idok, idok lah ye. Kemungkinan besar di KLIA nanti akan jadi seperti di Thailand mana nak tahu kan. Femes la sikit staf-staf di situ kalau muka depa terpampang sikit dalam paper ke walaupun celah celah gigi pun mengaku tu gigi dia masuk surat kabo.


emua episod running man ini memang mampu buat uollss tak kering gusi sampaikan mungkin uollss lupa yang uollss memang takde gigi . oopsss  *iollss memang suka guna ayat gigi hari ini . chill yaww!
 \
gua pun baru je tengok beberapa hari lepas. ni variety show yang lama. Taktahu lagi macam mana nak describe tapi tetap best !



Tiada apa-apa jikalau tidak suka. Saja buat perhiasan. 
Nak gantung kat dinding rumah nanti buang tebiat pulak.
( Taeyang, Seungri, GD, Top, Daesung)

 Thank you for reading this entry

No comments:

Post a Comment